Friday, 19 July 2013

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Pengkhususan Kerja

    Berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian. Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan. Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah. Oleh itu, barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini. Selain itu, terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian. Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhimat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

No comments:

Post a Comment