Wednesday 24 July 2013

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


         Sumbangan Tamadun Hwang Ho

 Politik

  Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Disnasti Ching.

  Perubahan yang dilakukan ialah pertukaran gelaran raja kepada maharaja. 

 Ekonomi

 Terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.

 Pembangunan dalam sektor pertanian menjurus kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan, penciptaan cangkul dan sabit.

Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

Alatan pertanian yang diperbuat daripada kayu digantikan dengan yang dibuat daripada besi. 

 Sistem tulisan

Penggunaan tulisan ini adalah meluas terutamanya dalam bidang penulisan dan percetakan.

Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun. 

 Kepercayaan

Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekel sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti  unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan.

Konsep Yin dan Yang( kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui(keharmonian manusia dan alam sekitar) masih diamalkan sehingga kini. 

 Sistem Kalendar

Kalendar Shang terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

Raja menentukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.

Kalendar penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengebumian. 

 Falsafah Perang Sun Tzu

Karya the Art of War membicarakan selok- belok perang dan bagaimana menangani musuh.

Pada hari ini, falsafah ini diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan. 
Konsep Yin Yang
the Art of War
 

 


Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho


Ciri- ciri tamadun Hwang ho

Negara Kota

v Anyang yang terletak di Sungai Hwang Ho merupakan salah satu negara kota dalam tamadun Hwang Ho.

v Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

v Ketua pemerintah, iaitu, raja, golongan pembesar dan golongan agama turut tinggal di kawasan bandar.

v Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani. 

Organisasi Sosial






ü Lapisan atasRaja( teraju) dan pembesar

ü Lapisan bawah
–  Petani( mendiami di kawasan sekeliling negara kota)
Artisan( mahir dalam teknologi gangsa seperti senjata, perisai, hiasan pada kereta kuda dan peralatan untuk upacara keagamaan) 

ü Lapisan paling bawah Hamba 

Pengkhususan Pekerjaan

S  Golongan pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan tentera berjalan kaki.

S  Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran mendukung peranan untuk memenuhi keperluan golongan atasan.

S  Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga. Misalnya, bekas minuman dan makanan, senjata, dan barangan tembikar.

S  Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan untuk membantu kerja- kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan. 

Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang

Q Berbentuk pemerintahan beraja.

Q Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

Q Raja- raja Shang berkuasa dalam kawasan pusat pentadbiran.

Q Raja mempunyai mandat daripada tuhan dan tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.

Q Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Q Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah.

Q Golongan bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang- undang.

Q Sistem pemerintahan ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou. 

Dinasti Chou

Q Raja- raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah- wilayah.

Q Seorang pembesar tempatan dilantik bagi setiap wilayah.

Q Pembesar tempatan berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

Q Pembesar diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

Q Pembesar diberikan hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan. 

Keagamaan

µ Penduduk tamadun Hwang Ho mengamalkan kepercayaan animisme dan politeisme.

µ Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

µ Mereka juga menyembah tuhan syurga( Shang-ti) dan tuhan bumi( Tu) di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.

µ Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.

µ Mereka juga mempercayai bahawa tulang oracle dapat meramal sesuatu keadaan.

µ Golongan bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan yang boleh ditafsirkan.  

Sistem Tulisan

¯Rekahan tulang oracle menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan China yang berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol.

¯Tulisan asal ini mempunyai gambar seperti bulan, matahari dan sungai.

¯Kemudian tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.
        
       Tulang Oracle                       Tulisan Ideogram

                               

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho


Proses pembentukan tamadun hwang ho

¨     Kesuburan Hwang Ho membawa kepada nomad tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan ini.

¨     Tapak Banpo yang berdekatan dengan Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.

¨     Penduduk menjalankan kegiatan pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.

¨     Bandar awal tamadun Hwang Ho merupakan Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

¨     Semasa Dinasti Shang, berlakunya perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan Lembah Hwang Ho.

¨     Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Lokasi dan Kerangka Masa Tamadun Hwang Ho



Tamadun Hwang Ho

      Lokasi

§     Sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan Hwang Ho.

§     Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho.

§     Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China( 5464 km ) dan terletak di bahagian utara negara China.

§     Tamadun ini bersifat setempat kerana ciri- ciri fizikalnya yang bergunung- ganang dan berpadang pasir.

 

        Kerangka masa

©     Bermula pada Zaman Paleolitik – jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sabagai Peking Men.

©     Kemudian pada Zaman Neolitik – kemunculan kegiatan pertanian dan penternakan.

©     Dinasti beraja pertama di China – diasaskan oleh Dinasti Hsia( 2205- 1766 S.M. )

©     Dinasti Shang
 – jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya( 1766- 1050 S.M. ).
     – muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang pada penghujung pemerintahan

©     Dinasti Chou
–   menggantikan pemerintahan Shang denganpemerintahan Dinasti Chou( 1050- 256 S.M. ) .


 

Tuesday 23 July 2013

Sumbangan Tamadun Indus


Sumbangan Tamadun Indus

·         Perancangan Bandar

v  Mohenjo Daro dan Harappa dikenali kerana perancangan bandarnya

v  Gabungan kepakaran dari sudut letak bandar dan pengisiannya

v  Ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan

v  Pembinaan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan

v  Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun

v  Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat

v  Masyarakat berusaha meningkatkan mutu bahan binaan

v  Batu-bata dihasilkan melalui pembakaran bagi menganti pembuatan batu-bata daripada tanah liat

v  Kecemerlangan perancangan bandar merupakan gabungan pengetahuan dan pencapaian geometri, matematik dan teknologi pembakaran batu-bata

v  Sumber Mesopotamia menyatakan nama bandar seperti Makan dan Melluha

v  Makan dikenal pasti sebagai Makran

v  Melluha merujuk kepada Mohenjo-Daro

·         Sifat Keterbukaan

v  Sifat keterbukaan dibuktikan dalam membuat hubungan dengan tamadun lain

v  Tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan dan bertukar pandangan

v  Memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi

v  Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan

v  Aspek penting dalam memproses pembinaan tamadun ialah keamanan

v  Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa