Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian utara bandar Baghdad
bahagian selatan bandar Baghdad
Bahagian Utara Bandar Baghdadmeliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
Bahagian Selatan Bandar Baghdad meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu
Akkad di Utara
Sumeria* di Selatan
Sudut Maklumat Perkataan Sumeria* berasal daripada nama kuno yang merujuk pada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumer. Pada peringkat awal, kawasan ini didiami oleh 3 kumpulan etnik, iaitu
Orang Sumeria
Orang Semitik
Orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya tetapi bilangan mereka ini adalah kecil
Pertumbuhan bermula di wilayah Mesopotamia selatan, iaitu Sumer.Orang Sumer bukanlah penerokan awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti
Kish
Nippur
Lagash
Uruk
Eridu
Assur
Mari
Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.
No comments:
Post a Comment