Wednesday 24 July 2013

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho


Ciri- ciri tamadun Hwang ho

Negara Kota

v Anyang yang terletak di Sungai Hwang Ho merupakan salah satu negara kota dalam tamadun Hwang Ho.

v Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

v Ketua pemerintah, iaitu, raja, golongan pembesar dan golongan agama turut tinggal di kawasan bandar.

v Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani. 

Organisasi Sosial






ü Lapisan atasRaja( teraju) dan pembesar

ü Lapisan bawah
–  Petani( mendiami di kawasan sekeliling negara kota)
Artisan( mahir dalam teknologi gangsa seperti senjata, perisai, hiasan pada kereta kuda dan peralatan untuk upacara keagamaan) 

ü Lapisan paling bawah Hamba 

Pengkhususan Pekerjaan

S  Golongan pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan tentera berjalan kaki.

S  Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran mendukung peranan untuk memenuhi keperluan golongan atasan.

S  Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga. Misalnya, bekas minuman dan makanan, senjata, dan barangan tembikar.

S  Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan untuk membantu kerja- kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan. 

Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang

Q Berbentuk pemerintahan beraja.

Q Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

Q Raja- raja Shang berkuasa dalam kawasan pusat pentadbiran.

Q Raja mempunyai mandat daripada tuhan dan tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.

Q Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Q Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah.

Q Golongan bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang- undang.

Q Sistem pemerintahan ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou. 

Dinasti Chou

Q Raja- raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah- wilayah.

Q Seorang pembesar tempatan dilantik bagi setiap wilayah.

Q Pembesar tempatan berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

Q Pembesar diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

Q Pembesar diberikan hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan. 

Keagamaan

µ Penduduk tamadun Hwang Ho mengamalkan kepercayaan animisme dan politeisme.

µ Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

µ Mereka juga menyembah tuhan syurga( Shang-ti) dan tuhan bumi( Tu) di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.

µ Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.

µ Mereka juga mempercayai bahawa tulang oracle dapat meramal sesuatu keadaan.

µ Golongan bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan yang boleh ditafsirkan.  

Sistem Tulisan

¯Rekahan tulang oracle menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan China yang berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol.

¯Tulisan asal ini mempunyai gambar seperti bulan, matahari dan sungai.

¯Kemudian tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.
        
       Tulang Oracle                       Tulisan Ideogram

                               

No comments:

Post a Comment