Wednesday 17 July 2013

Tamadun Mesopotamia( kerangka Masa )

Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara 7000 - 5000S.M. .Pada sekitar tahun 3500 S.M. , wilayah Mesopotamia berkembang menjadi pusat tamadun awal. Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagi kan kepada 7 zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.
 
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia

No comments:

Post a Comment