Sistem Pemerintah
Raja merupakan pemerintah. Sistem pemerintah di Mesopotamia
berbentuk teokrasi. Teokrasi ialah pemerintah oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai
tuhan atau
wakil tuhan dan
pemilik negara kota. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa
pemerintahan Raja Naramsin di Akkad.

Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana
berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai '
Raja Empat Penjuru Alam " Raja menjadi
ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya. Ini adalah kerana
zigurat berfungsi sebagai
pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara. Di samping itu, beliau amat
berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.
No comments:
Post a Comment