Thursday 18 July 2013

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Petempatan Kekal

  Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.Setiap negara kota * itu terbahagi kepada kawasan utama iaitu

  1. pusat kota
  2. tembok kota
  3. luar kota
  4. pelabuhan
Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah negara kota. Di dalam kota terdapat
  • istana
  • rumah kediaman
  • rumah ibadat
  • rumah kedai
  • pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu. Setiap kota mempunyai unit politi dan agama yang tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.

   Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya. Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

Sudut Maklumat
Negara kota*
  • Biasanya keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1000 batu persegi. Contohnya, Keluasan kota Lagash adalah lebih kurang 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30 000 hingga 35000 orang.
  • Setiap negara kota ini merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat yamg mempuanyai unit politiknya yang tersendiri, Negara-negara kota ini hanya akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.
Taman Tergantung Babylon merupakan satu daripada 7 ciptaan manusia yang menakjubkan dan dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar, iaitu raja Chaldea. Dalam taman tersebut terdaoat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres yang menampakkan seolah-olah tanaman tersebut tergantung.

No comments:

Post a Comment