Saturday 6 July 2013

Pengenalan

PENGENALAN

Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali siatem tulisan. Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeoloji. Terdapat empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah, iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam (terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi ) .

Pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik ,manusia hidup secara nomad, iaitu berpindah randah. Mereka tinggal sama ada di tepi tasik, sungai, atau di dalam gua, dan hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Mereka menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Alat-alat batu ciptaan mereka lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.

Pada Zaman Neolitik, manusia mula hidup tetap dalam kelompok yang besar, iaitu masyarakat. Mereka menyara diri dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Zaman Neolitik juga memperlihatkan ciri baharu dalam kehidupan, misalnya, penciptaan alatan batu yang telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi, dan juga bahan tembikar.

Kehidupam bermasyarakat telah mewujudkan pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik. Akhirnya, muncul individu yang berjaya memikirkan cara untuk melebur logam di sesetengah petempatan masyarakat Neolitik pada peringkat akhir zaman tersebut.

Kehidupan menetap dan keupayaan menghasilkan bahan makanan melebihi keperluan telah melahirkan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter. Kejayaan mencipta dan menghasilkan bahan daripada logam telah melahirkan Zaman Logam. Zaman Logam ini terbahagi kepada dua, iaitu dua, iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
Penggunaan alat daripada logam khususnya besi, telah menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mereka cipta perahu dan rumah. Dengan perahu manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim. Perdagangan ini bermula dalam kalangan masyarakat pesisir di kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke masyarakat yang jauh.

Pada zaman itu, di sesetengah kawasan telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan. Petempatan besar ini kemudiannya telah berkembang menjadi bandar atau kota. Contohnya dua buah bandar purba, iaitu Jericho di Jordan (8000 S.M.) dan Catal Huyuk di Turki (6500 S.M.)

No comments:

Post a Comment