Tuesday 23 July 2013

Ciri-ciri Tamadun Indus


Ciri-ciri Tamadun Indus

·         Sebagai bandar terancang

v  Petempatan kekal membawa kepada pembentukan bandar yang terancang

v  Terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi oleh tembok

v  Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan keagamaan

v  Bahagian kedua ialah kawasan perumahan

v  Bandar-bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik

v  Dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan

v  Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat

v  Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain

v  Terdapat sistem kumbahan yang terancang

v  Bandar-bandar dihubung dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan

·         Organisasi Sosial

v  Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan atasan dan golongan bawahan

v  Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang

v  Kelas atasan yang utama ialah pendeta

v  Wujud dalam bilangan yang kecil

v  Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan

v  Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta

v  Golongan bawahan yang terdiri daripada buruh dan petani taat kepada golongan pendeta

v  Mereka menjalankan pertanian dan menyalurkan hasil kepada hasil pihak berkuasa

v  Menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan

·         Pengkhususan Kerja

v  Menjalankan pelbagai kegiatan aktiviti ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan

v  Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar

v  Hubungan dagang dibuktikan melalui penemuan cop mohor buatan masyarakat Lembah Indus

v  Hasil perdagangan ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian

v  Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli dan kacang

v  Ada ahli masyarakat yang menjadi artisan yang terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang dan barangan tembikar

·         Amalan Agama

v  Mempunyai amalan agama yang dibuktikan melalui penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan

v  Penemuan patung yang penting yang dirujuk sebagai patung proto-siva

v  Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk stail yoga bertanduk tiga di kepalanya sebagai melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva

v  Objek proto-siva sangat penting terutama dari sudut berkaitan dengan agama Hindu

v  Juga percaya kepada Tuhan Ibu

v  Diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal 

·         Sistem Tulisan

v  Berbentuk piktograf

v  Tulisan Tamadun Indus menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsir

No comments:

Post a Comment