Tuesday 9 July 2013

Makna Tamadun

Makna tamadun

ª    Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain.

ª    Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

ª    Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. 

ª    Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.

ª    Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri tentang konsep tamadun.

ª    Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal- hal kebudayaan seperti penulisan, undang- undang, kesenian dan pembandaran.

ª    Menurut pandangan beberapa sarjana Barat seperti Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

ª    Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dan rohaniah dalam proses perkembangan tamadun.

ª    Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh sebab itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.

ª    Mengikut pandangan Syed Naquib al- Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

ª    Pandangan sarjana Islam ini disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

ª    Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata- mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah tatasusila dan moral.



Sudut maklumat




Ibn Kaldun ( 1332-1406 M.)
Ø Nama sebenar : Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad.
Tempat lahir : Tunisia
Ø Beliau seorang pemikir yang unggul, sejarahwan dan ahli sosiologi Islam.
Ø Beliau menganggap bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Kehidupan bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan. Hasilnya, wujud semangat bekerjasama dan saling membantu.
Ø Penulisannya banyak berasaskan pengalaman sebenar yang dilaluinya. Dalam karya ulungnya, iaitu Muqaddimah, beliau telah menggunakan istilah umran yang bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dan istilah hadarah yang bermakna hidup di bandar.
Ø Hadarah yang dimaksudkan oleh Ibn Kaldun ialah kehidupan di bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi.
Ø Karya beliau ini telah menjadi rujukan sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antropologi dan sejarah.

No comments:

Post a Comment