Lokasi

Kerangka Masa
Tamadun
Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik.Wilayah di
persekitaran delta dan di bahagian pertengahan Mesir telah berkembangmenjadi pusat tamadun awal.Tempoh peralihan dari keruntuhan hingga penubuhan kerajaan baru adalah lama. Tamadun Mesir Purba mengalami
zaman kejatuhan dikuasai oleh Libya,Kush,Assyria,Parsi,Yunani dan Rom.
Proses Pembentukan
Tahap
kebudayaan gangsa pada zaman logam telah dicapai oleh manusia ketika mendiami Lembah Nil.Penggunaan alat
logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan yang baik.Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini mencipta
peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan nilai kesuburan tanah.Petempatan yang tetap akan
berkembang menjadi perkaampungan.Gabungan kampung akan membentuk nome atau
daerah.Kesemua nome disatukan menjadi Bandar sebagai pusat pentadbiran.
Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba
Petempatan Kekal
Firaun Menes
berjaya menyatukan nome menjadi sebuah kerajaan dan mengasakan pusat pentadbiran di Bandar
Thinis.Semasa Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran berpindah ke Bandar
Thebes.Semasa Tamadun Mesir Purba terdapat beberapa bandar penting seperti
Heliopolis,Fayoum dan Abydos.Kehidupan di bandar menjadi ciri penting kerana bandar
menjadi tempat kediaman Firaun,pusat pemerintahan dan
pentadbiran,pelabuhan,pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Organisasi Sosial

Sistem Pemerintahan
Sistem
pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh firaun. Golongan bangsawan membantu
menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan penghasilan
makanan.Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai,penasihat dan gabenor yang
mentadbir wilayah yang ditakluki.Rahib mentadbir hal keagamaan.Jurutulis
terdiri daripada orang awam yang dilantik untuk menulis segala rekod
kerajaan.Pada zaman empayar seorang wanita dilantik menjadi Firaun iaitu Firaun
Hatshepsut.Ini menunjukkan wanita mampu memerintah kerajaan berbentuk empayar
meliputi kawasan yang luas.Era pemerintahan penuh dengan pembaharuan seperti
pembinaan terusan dan penukaran padang pasirkepada tanah pertanian.
Pada Tamadun
Mesir Purba telah mempengkhususan kerja seperti menenun dan membuat barang
tembikar.Eksport utama ialah tekstil dan kertas.Aktiviti ekonomi ialah perlombongan emas di Nubia.Pengangkutan air memainkan peranan penting.Sungai
Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal berlabuh seperti di pelabuhan
Thebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan terancang dapat menarik
pedagang singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Masyarakat
Mesir Purba percaya kepada konsep
politeisma.Setiap tuhan orang Mesir Purba dikaitkan dengan unsur alam seperti Re(Tuhan Matahari),
Ra-Atum(Tuhan langit),Amun(Tuhan Angin).Mereka juga percaya kepada kehidupan
selepas mati.Mayat perlu disimpan dengan teliti dan makam mayat mesti dipenuhi
dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat,alat
kebesaran dan jumlah barangan yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan
kedudukan atau status mayat.

Sumbangan
tamadun Mesir Purba ialah piramid.Ilham daripada Imhotep,iaitu seorang saintis, ahli
fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid
Sakkara.Piramid Sakkara ialah piramid tertua dan binaan batu pertama di dunia.Pembinaan
piramid menunjukkan kreativiti dalam bidang pembinaan.
Pencapaian Mesir Purba yang utama ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas.Kertas dicipta daripada
pokok papyrus.Penciptaan kertas Ini lebih mudah simpan dan meninggalkan
kebergantunganpada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Sistem
pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.Mereka
diberikan pendidikan sejak kecil.Institusi pendidikan diletakkan di bawah
pentadbiran kerajaan dan diurus oleh rumah ibadat.Penekanan terhadap pendidikan
bertujuan untuk melahirkanpara pegawai kerajaan.Ilmu geometri,matematik dan
sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal
pertanian pengawalan air sungai nil,pembinaan bangunan dan piramid.
Tamadun
Mesir Purba juga mampu melahirkan pengawal ibadat yang boleh berkhidmat untuk
Firaun dan masyarakat.Kemajuan bidang perubatan terutama proses memumiakan
mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Tahap keilmuan dan
kemahiran terutamanya dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan
memberikan sumbangan yang besar.
Keagungan
tamadun ini bergantung pada pengawalan aliran air sungai Nil yang menjadi
nadi.Perkembangan matematik digunakan untuk mengawal banjir yang berlaku di
Sungai Nil sekali dalam setahun.Pemerintah juga berjaya mencipta sistem
pengairan yang menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah
pertanian.Firaun Senuusret III membina tembok pengairan sepanjang
123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk
mengairkan tanah.Pengenalan sistem calendar 365 hari berdasarkan 12 bulan
setahun.
No comments:
Post a Comment