Saturday 6 July 2013

Ciri-ciri Tamadun

CIRI-CIRI TAMADUN
 
·   Petempatan Kekal
Ø  corak hidup yang lebih sistematik
Ø  memastikan kelangsungan bekalan makanan
Ø  kemajuan pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang dilahirkan oleh hasil inovasi
Ø  penciptaan peralatanbaru seperti cangkul
Ø  penggunaan teknologi seperti system pengairan yang baik
Ø  meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran
Ø  lebihan pengeluaran dapat menampung pertambahan jumlah penduduk
 
·   Kehidupan Berorganisasi
Ø  Merangkumi aspek social, ekonomi dan politik
Ø  Memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan
Ø  Tahap paling ringkas dalam organisasi social ialah system keluarga
Ø  Disebabkan oleh pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti
Ø  Sistem social atau sistem masyarakat tamadunawal berbentuk pyramid dan bersusun lapis
Ø  Lapisan paling atas ialah golongan bangsawan yang diketuai oleh raja
Ø  Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang mengetuai upacara dan hal ehwal agama
Ø  Golongan rakyat biasa merupakan jumlah yang paling ramai
Ø  Lapisan terakhir ialah golongan hamba bergantung hidup pada lapisan di atasnya 
·   Sistem Pemerintahan
Ø  penting bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar
Ø  raja atau pemimpin menggunakan unsur magis
Ø  mendakwa diri sebagai Tuhan untuk diiktiraf sebagaiketua pemerintah
Ø  sistem perundangan dijadikan sebagai panduan masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran
 
·   Pengkhususan Pekerjaan
Ø  Produktiviti meningkat menyebabkan pengkhususan pekerjaan lebih penting
Ø  Ekonomi meningkat dan berkembang
Ø  Barangan dihasilkan melalui pengkhususan dan kepakaran
Ø  Mula menjalankan sistem barter
Ø  Perdagangan adalah permulaan bagi aktiviti aktiviti ekonomi
Ø  Pertukaran barang dagangan boleh berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya
Ø  Aktiviti ekonomi penting kepada pertumbuhan dan perkembangan tamadun
 
·   Agama dan Kepercayaan
Ø  Bermula apabila manusia cuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling
Ø  Percaya alam seperti pokok, batu, matahari dan laut mempunyai semangat dan harus dihormati untuk menjaga keselamatan dan kamakmuran hidup
Ø  Kepercayaan bertukar menjadi agama secara evolusi
Ø  Penyembahan terhadap lebih daripada satu Tuhan
 
·   Bahasa dan Tulisan
Ø  Yunani dan Sanskrit
Ø  Hieroglif, cuneiform dan ideogram
Ø  Penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan
Ø  Untuk uruskan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan
Ø  Bahasa dan tulisan adalah instrumen menyampaikan, memperkembang serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia
 

No comments:

Post a Comment